Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan bersama pihak jabatan agama Islam negeri (JAIN) dalam tempoh terdekat, bagi menyelaras tindakan bersepadu untuk menangani isu dakwaan penggunaan logo mirip Allah di tapak kasut jenama Vern’s.
Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi tempoh selama 24 jam kepada syarikat Vern’s untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan penemuan bentuk logo seakan-akan kalimah Allah pada tapak kasut keluaran syarikat itu.