Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, lima tahun lepas.
Pada 30 Jun 2022, Samirah dan kedua-dua remaja itu memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin “dilakukan dengan sengaja.”
Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh daripada pertuduhan membunuh Nazrin pada akhir kes pendakwaan.