Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja dipercayai akibat dirempuh kenderaan milik polis, di Jalan Gangsa–Kesang, Durian Tunggal pada 12 April lalu.
Berdasarkan laporan PDRM, insiden di Jalan Gangsa–Kesang, Durian Tunggal tersebut berlaku ketika anggota polis dari Balai Polis Durian Tunggal sedang melaksanakan tindakan pencegahan aktiviti, dipercayai lumba haram motosikal di kawasan persimpangan lampu isyarat Gangsa selepas menerima aduan awam.
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia akibat kecederaan dalaman selain patah kaki dan paha dalam kejadian 2.56 pagi itu.
Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later