Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 31 Julai hingga 7 Ogos dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari berikutan penutupan jalan untuk kerja-kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Bandar Utama, Selangor.
Sebagai laluan alternatif pengguna dari Bukit Damansara/Jalan Beringin yang melalui Persimpangan Setiabudi perlu mengambil Jalan Johar untuk menghala ke Kuala Lumpur.