Seorang pembantu penyelia kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, Sabtu lalu.
Atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, mengalami kecederaan parah dipercayai dilanggar pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey di Johor Bahru, Sabtu lalu.