Laporan dikeluarkan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OCHA) baru-baru ini menyatakan, Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah dibom dan musnah akibat serangan udara Israel, menurut Agensi Berita Jordan, Petra.
Selain itu laporan itu turut memaklumkan, perpindahan besar-besaran penduduk dari utara ke selatan Semenanjung Gaza berterusan sejak pagi Jumaat selepas Israel mengarahkan penduduk mengosongkan kawasan itu dalam masa 24 jam.