Penyanyi popular, Nabila Razali gagal menahan sebak apabila dirinya layak ke pentas final Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu Selagi Ku Ada duet bersama Khai Bahar.
Selepas lebih sedekad, karya ciptaan sifu muzik negara, Datuk M Nasir kembali bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila lagu ciptaannya, Menyantun Kasih dan lirik ditulis Keon nyanyian Siti Nordiana, berjaya disenarai pendek ke Muzik Muzik 38 Separuh akhir (SFMM38).