Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedang mengesan ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, dua hari lepas.
Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan yang dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, Perak semalam telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan.