Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah meminta supaya kerja-kerja menaiktaraf di beberapa kaunter zon bas dan laluan automatik (sistem e-gate) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditangguhkan sehingga cuti sekolah berakhir.
Warga asing yang ingin memasuki negara ini diberi kelonggaran sehingga 31 Disember ini mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) di pintu masuk negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail