Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, mereka harus memahami bahawa penilaian sepatutnya dibuat menerusi apa benar-benar terzahir pada tulisan, bukan perkara yang bermain dalam fikiran.
MCMC berkata, tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu juga akan dikenakan kepada pihak yang membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas, sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
Menurut pengurusan Vern’s, pihak syarikat sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan
Terdahulu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarahkan untuk memanggil pihak berkaitan, esok, bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tular logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar turut menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim serta pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini