Sikap pemurah umat Islam membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan pelbagai penipuan dan penyelewengan terhadap dana kutipan derma dan sumbangan orang ramai.
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan derma.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan