Tragedi pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, memasuki hari ke-10 hari ini sejak mayatnya ditemui anggota polis di anak sungai di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.
Tiga kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah kereta peronda dilihat memasuki kawasan Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini pada jam 7:55 malam.