Ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang serta awal malam
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan lazimnya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutama di kawasan utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang serta Kelantan