Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungan itu seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, menerusi tinjauan pihaknya di Kampung Batu 13, Hulu Besut baru-baru ini, didapati tiada aktiviti mencurigakan dijalankan oleh 124 orang penduduk di perkampungan itu yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad.
Cubaan pihak tertentu menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan ‘Kerajaan Langit’ dalam perhatian kerajaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.