Peserta himpunan Kepung Demi Palestin nekad mendirikan khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini, sebagai tanda solidariti kepada rakyat di Gaza yang berdepan kekejaman Israel, walaupun pihak polis melarang mereka daripada berbuat demikian.
Setakat jam 10.10 malam, kira-kira 300 peserta dilihat memenuhi lokasi sebelum mereka beramai-ramai berarak ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Peserta himpunan bagi memprotes serangan Israel ke atas sebuah hospital di Gaza, kecewa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerahkan memorandum