Jenazah ibu kepada komposer dan penyanyi, Faizal Tahir, Allahyarham Muslipah Aishah Pa’wan Teh, 71, telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam sekitar jam 3 petang tadi
Setelah seminggu lebih ditahan di hospital selepas disahkan menghidap penyakit kanser pankreas, ibu kepada Faizal Tahir dan penyampai radio Zayan, Anas Tahir, Muzlipah Aishah Pa’wan Teh menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri pagi tadi.