Pemandu bas sekolah yang tular kerana merujuk kanak-kanak perempuan yang dibawanya sebagai crush, didakwa sekali lagi hari ini, kali ini di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menghantar komen jelik dalam video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok minggu lepas.
Empat lagi individu disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung komen jelik serta provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai lepas.