Biarpun didakwa dibuli dengan teruk, polis sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut melibatkan seorang pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras.
Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.