Pembekal terlibat juga merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik 100% Bumiputera/Islam yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok, serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.
Bercakap kepada Scoop, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, soal agama, akidah bukan barang dagangan untuk ‘menguji pasaran’ kerana orang Islam sanggup mati untuk mempertahankannya.
Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam untuk bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi politik ketika agama Islam terus dijadikan bahan penghinaan.