Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan bersama pihak jabatan agama Islam negeri (JAIN) dalam tempoh terdekat, bagi menyelaras tindakan bersepadu untuk menangani isu dakwaan penggunaan logo mirip Allah di tapak kasut jenama Vern’s.
Kerajaan diseru bertindak proaktif dengan menyegerakan kewujudan Jabatan Pendakwaan Syariah di peringkat Persekutuan yang bertindak sebagai agensi penyelaras seumpama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)