Sebanyak 39 penerbangan AirAsia bagi laluan ke Sabah dan Sarawak disambung semula malam ini selepas dibatalkan hari ini susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia.
Awan debu yang terbentuk kesan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia bergerak menuju ke Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu dan boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat di ruang udara berkenaan.
Beberapa penerbangan hari ini antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air menghubungkan KLIA, Sabah serta Sarawak dibatalkan ekoran letusan gunung berapi Ruang, Indonesia.
Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil