Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan jenayah membabitkan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan penyelewengan dana sebanyak RM1.12 juta.