Kerajaan Perpaduan tidak khuatir dengan kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam, kata Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Kemaman yang pernah menjadi kubu kuat Umno, kini menjadi ‘kubur’ kepada parti berkenaan selepas PAS menang dengan majoriti besar iaitu 37,220 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.