Pengarah filem dan ahli akademik, Mahadi J Murat berharap kerajaan akan memberi peluang untuk sebuah pertemuan diadakan bagi membincangkan lebih lanjut mengenai saranan mengubah Coliseum yang sudah berusia 124 tahun sebagai pawagam nasional.
Mahadi juga berharap kawasan sekitar Coliseum dibangunkan untuk mengetengahkan suasana, budaya, wajah, signature dan keharmonian Malaysia yang berbilang kaum serta budaya.
Bangunan ikonik Coliseum yang mengandungi pawagam, kafe dan hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman kini dalam senarai untuk dijual, namun harganya tidak didedahkan.