Kematian seorang penggiat dan aktivis media sosial baru-baru ini mencetuskan kemarahan dan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan gesaan agar peraturan yang lebih ketat mengenai buli siber dan khususnya penggunaan platform media sosial.
Kejadian buli siber ini memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental mangsa, tekanan emosi yang teruk termasuk kemurungan, selain sentiasa berada dalam resah dan cemas serta hilang keyakinan diri
Polis ketika ini terpaksa menggunakan peruntukan undang-undang berbeza dalam menangani kes berkenaan seperti Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998