Tidak terkecuali, peguam Datuk Zaid Ibrahim turut memohon maaf kepada pemimpin politik terutamanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin terguris hati dengan kritikannya di media sosial
Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, meminta maaf tidak menjadikan seseorang lebih kecil dan lebih hina, tetapi meminta maaf adalah cara yang mulia bagi memperlihat wujudnya kesedaran dalam memperbetulkan kealpaan