'Harga minyak masak bersubsidi adalah RM2.50 sepaket, bila sudah dicampur dengan minyak masak terpakai, sindiket berkenaan boleh jual antara RM3 hingga RM3.80 sekilogram', kata Armizan
Sehingga kelmarin, KPDN membuat pemeriksaan terhadap 24,666 premis perniagaan di seluruh Malaysia dan menerima 83 aduan awam terkait isu kenaikan harga barang serta perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel