Belumpun filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ditayangkan di pawagam, namun filem epik ini sudahpun mencetuskan beberapa kontroversi berhubung pertukaran beberapa pengarah serta imej dan pemakaian orang Melayu pada abad ke-19 seperti dalam poster dan trailernya.
“Memang saya ada memohon geran melalui Dana Kandungan Digital (DKD) tetapi tidak dapat. Alasan yang diberikan Finas adalah kerana ada benda yang tidak cukup yang tidak memenuhi prosedur.