Pasukan pakar forensik dari pembuat pesawat Airbus dan agensi siasatan nahas udara negara Perancis (BEA) akan tiba di Jepun hari ini untuk membantu pihak berkuasa menyiasat nahas pesawat Japan Airlines di lapangan terbang Haneda Tokyo, semalam.
Seramai 367 penumpang Airbus milik Japan Airlines (JAL) berdepan detik cemas apabila pesawat dinaiki mereka itu terbakar selepas bertembung dengan sebuah pesawat pengawal pantai di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo hari ini