Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor pada jam 12 tengah hari ini.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Seri Johari Harun dalam kemalangan pesawat ringan di Elmina, Shah Alam petang semalam, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara 10 mangsa yang maut dalam nahas pesawat terhempas berhampiran kawasan kediaman Elmina di Shah Alam, petang tadi.