Penganjur himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ telah menghantar surat kepada polis berhubung penganjuran himpunan terbabit yang akan diadakan selama enam hari di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mulai esok.
Sebanyak 48 organisasi terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiswa dan organisasi politik akan menyertai bantahan #Kepung Demi Palestin yang akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini selama enam hari bermula esok.