Skuad negara yakin hadiahkan hatrik untuk Malaysia

Pihak lawan, Indonesia gagal mencari jawapan kepada servis skuad kedua negara yang laju dan tajam sehingga terpaksa akur apabila tumpas 15-8, 15-7

11:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dipacu persembahan cemerlang tekong regu kedua negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Malaysia mudah mengesahkan tempat ke final acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw selepas menumpaskan Indonesia 2-0 di Stadium Titiwangsa malam ini.

Terdahulu, regu utama negara yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin ‘dipaksa’ bekerja keras sebelum memutlakkan kemenangan 15-12, 15-9.

Kemudian, Syahir yang diapit Farhan Adam dan Mohammad Azlan Alias, menunjukkan kenapa dirinya dicop sebagai tekong terulung negara dengan berkali-kali melakukan servis ace.

Pihak lawan gagal mencari jawapan kepada servisnya yang laju dan tajam sehingga terpaksa akur apabila tumpas 15-8, 15-7 dalam tempoh 100 minit perlawanan.

Regu utama negara yang dibarisi Amirul Zazwan Amir (jersi nombor 8), Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin ‘dipaksa’ bekerja keras sebelum memutlakkan kemenangan 15-12, 15-9. – Gambar Alif Omar/Scoop, 25 Mei, 2024

Amirul berkata, pemain diturunkan esok harus bersedia membawa kemenangan acara berpasukan yang kali terakhir di kecapi 33 tahun lalu di Sukan SEA Filipina.

“Kita mahukan kemenangan ketiga, tak mudah untuk kita kekalkan momentum.

“Tapi kita dah buktikan pada beregu dan regu, saya rasa kali terakhir kita menang acara berpasukan adalah pada tahun 1991. Kita nakkan kemenangan dan cipta sejarah di Kuala Lumpur 2024

“Kita berharap dapat cipta kemenangan dan saya sebagai pemain, yakin kita boleh mengalahkan Thailand esok,” katanya.

Malaysia akan turun menentang Thailand dalam aksi final esok selepas skuad Gajah Perang itu, menumpaskan Korea Selatan 2-0 dalam aksi separuh akhir malam ini.

Kali terakhir Malaysia menumpaskan Thailand dalam final acara berpasukan adalah pada Sukan SEA 1991 di Filipina.

Ketua jurulatih negara sekarang, Ahmad Jais Baharun menganggotai skuad Sukan SEA 1991 terbabit.

Malaysia menumpaskan Thailand 2-1 di Blue Eagle Gym, Ateneo de Manila University di Quezon City, Filipina.

Baharum Jahar, Mohamad Noor Abdullah dan Rosli Abdul Rahman menghadiahkan mata kemenangan negara untuk merangkul pingat emas ketika itu. – 25 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related