Piala Dunia Sepak Takraw: Misi belum tamat, Farhan mahu lengkapkan hatrik

Penyokong negara membanjiri venue perlawanan semalam dengan lebih 1,000 peminat mencipta satu atmosfera yang menggerunkan pihak lawan

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kapten regu negara, Farhan Adam melaungkan amaran kepada Thailand dengan menyatakan ingin melengkapkan hatrik di Piala Dunia Sepak Takraw.

Terdahulu, Farhan dibantu oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Muhammad Haziq Hairul Nizam melengkapkan malam yang gemilang buat sukan sepak takraw Malaysia selepas merangkul kejuaraan Piala Dunia pertama negara.

Ini selepas skuad beregu yang dianggotai Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A’rippin merangkul kejuaraan sama.

Terdahulu, Farhan (kanan) dibantu oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi (kiri), Mohamad Azlan Alias (tiga dari kiri) dan Muhammad Haziq Hairul Nizam melengkapkan malam yang gemilang buat sukan sepak takraw Malaysia selepas merangkul kejuaraan Piala Dunia pertama negara – Azim Rahman/Scoop, 23 Mei, 2024

“Syukur alhamdulillah atas dua kemenangan daripada pasukan Malaysia dalam kategori regu dan beregu.

“Untuk saya memang satu kemenangan yang manis yang saya dapat capai dalam karier, lebih lagi kita bermain dekat tempat kita sendiri sebagai tuan rumah.

“Insya-Allah dengan dua kemenangan ini kami akan cuba lengkapkan hatrick pada acara berpasukan nanti,” katanya kepada pemberita selepas tamat aksi final regu di Stadium Titiwangsa malam tadi.

Penyokong negara membanjiri venue perlawanan semalam dengan lebih 1,000 peminat mencipta satu atmosfera yang menggerunkan pihak lawan.

Ternyata pemain-pemain Thailand terkesan dengan sorakan peminat negara selepas kerap membuat kesilapan yang membantu negara muncul juara.

“Dengan bantuan penyokong, mereka menaikkan semangat kami dan memberikan tekanan kepada pasukan Thailand.

“Pemain Thailand memang nampak agak tertekan tapi kami dapat serap tekanan itu dan ia menaikkan semangat kami,” kata anak Kuala Lumpur itu.

Dalam masa yang sama Farhan berkata, Thailand tidaklah sehebat seperti yang dicanang-canangkan.

19052024 - Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa - AZIM RAHMAN
Berbekalkan dua kemenangan manis pasukan negara semalam, Farhan berazam cuba lengkapkan hatrick pada acara berpasukan yang bermula hari ini pada jam 3 petang nanti – Azim Rahman/Scoop, 23 Mei, 2024

“Semua sedia tahu bila kita bermain menentang Thailand kita akan kalah. Tapi kali ini kita berentap dengan mereka dalam dua final dan menang kedua-duanya.

“Jadi Thailand tidaklah sehebat mana seperti yang semua khabarkan,” katanya.

Farhan bersyukur dapat mengecapi kejayaan ulung dalam sepak takraw itu di hadapan keluarga tercinta terutama isteri dan ibunya.

“Isteri saya memang setiap kali perlawanan akan hadir dengan anak-anak, tapi paling utama hari ini adalah mak saya. Saya sangat bersyukur yang mak saya dapat menghadirkan diri tengok saya main.

“Mak saya akan pergi menunaikan haji tidak lama lagi dan ini adalah kali pertama dia datang menonton perlawanan saya sejak bapa saya meninggal dunia.

“Tidak lupa juga pada semua peminat yang hadir ke stadium dan juga yang menonton di rumah,” tambah Farhan yang berusia 35 tahun. 

Kempen acara berpasukan skuad negara akan bermula hari ini pada jam 3 petang menentang Brunei. — 23 Mei, 2024

Topics

Popular

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related