Piala Dunia Sepak Takraw: Regu negara benam mudah Singapura

Skuad negara yang diperkuat apit kiri, Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) menang mudah mengatasi lawan 15-8, 15-9

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Regu negara menepati ramalan apabila berjaya mengetepikan Singapura dalam aksi suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Skuad negara yang diperkuat apit kiri, Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) menang mudah mengatasi lawan 15-8, 15-9.

Singapura yang diwakili Muhammad Danish Irfan Muhamad Faizal dan Youri Adli Fathullah Ahmadi gagal memberi cabaran kepada regu negara.

Selepas mendahului selesa di set kedua, ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun memasukkan apit kanan Muhammad Shahalril Aiman Halim dan disusuli tekong Muhammad Haziq Hairul Nizam mengantikan Azlan dan Syahir.

Persembahan mereka berdua tidak mengecewakan malah menyuntik kemenangan buat negara.

Bagaimanapun Shahalril kurang berpuas hati dengan persembahannya dan mengakui banyak kelemahan perlu diperbaiki untuk perlawanan seterusnya.

“Kalau nak kata kita dah dapat momentum pun tak boleh. Kalau tengok dalam perlawanan menentang Singapura ini pun banyak yang perlu diperbaiki.

“Saya perlu perkemaskan lagi ‘first ball’, pukulan dan lambungan kepada Syahir,” kata pemuda kelahiran Kedah itu.

Shahalril merupakan salah seorang perejam negara yang mampu melakukan lipat gulung dan ramai peminat mahu melihatnya diturunkan dalam skuad utama.

Dia juga mengaku tertekan dengan harapan tinggi diberikan peminat yang mahukannya menjadi apit kanan utama pasukan.

“Saya ada rasa sedikit tertekan, tapi saya buat sahaja untuk penonton tengok.

“Saya masih muda dan banyak lagi yang perlu dipelajari dari pemain senior lain,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Susulan kemenangan itu, Malaysia akan bertemu sama ada Myanmar atau Indonesia pada aksi separuh akhir malam ini. – 21 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related