Konflik Iran-Israel, ISTAF beri masa seminggu sahkan penyertaan di Piala Dunia

Perkara itu akan dimuktamadkan pada 24 April ini iaitu sehari sebelum undian Piala Dunia ISTAF dijadualkan berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini

7:15 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw Iran diberi tempoh seminggu bagi memberi kata putus sama ada mereka akan menyertai ataupun menarik diri daripada Kejohanan Piala Dunia ISTAF yang dijadualkan berlangsung 18 Mei depan.

Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Halim Kader ketika dihubungi Scoop berkata beliau telah menghubungi Persatuan Sepak Takraw Iran bagi mendapatkan kata putus mengenainya.

Jelasnya, perkara itu akan dimuktamadkan pada 24 April ini iaitu sehari sebelum undian Piala Dunia ISTAF dijadualkan berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini.

“Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Iran, Ali Foladil pagi ini. Sehingga hari ini, Iran tidak dapat mengesahkan penyertaan mereka.

“Justeru hasil mesyuarat saya bersama Jawatankuasa Penganjur, kami memberi masa sehingga 24 April bagi membolehkan Iran menguruskan segala hal sebelum membuat keputusan untuk turut sama menyertai kejohanan kali ini ataupun sebaliknya.

“Iran sebuah pasukan yang bagus dengan sukan sepak takraw sedang berkembang dan meningkat naik di sana, jadi kita amat berharap mereka dapat menyertai kejohanan kali ini,” kata Halim.

Iran sebelum ini melancarkan serangan balas ke atas Israel ekoran tindakan rejim Zionis menyerang konsulat Iran di Damsyik Syria pada 1 April lalu sehingga mengorbankan dua jeneral tertingginya.

Konflik terbaharu ini mencetuskan kebimbangan ramai dengan risiko perang terbuka antara Iran dan Israel.

Namun jika Iran yang sepatutnya beraksi dalam Divisyen Satu mengambil keputusan menarik diri, ISTAF akan meneruskan saingan dengan lapan pasukan dalam divisyen tersebut tanpa pengganti.

Setakat ini, semua 12 pasukan dalam Divisyen Premier sudah menghantar senarai lengkap pemain masing-masing.

Dalam pada itu, Halim yang ketika ini berada di ibu negara bagi mengadakan lawatan kerja, berpuas hati dengan persiapan penganjuran Piala Dunia ISTAF oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). – 17 April, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related