Benam Fiji 8-3, Malaysia mara ke suku akhir hoki Piala Dunia 5s

Malaysia seterusnya akan bertemu Juara Kumpulan C, yang bakal ditentukan oleh pemenang di antara Trinidad & Tobago dan New Zealand

7:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara meneruskan aksi cemerlang di Muscat, Oman apabila mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) 2024 selepas membelasah Fiji 8-3 dalam aksi terakhir Kumpulan D, hari ini.

Lapan gol tersebut dijaringkan masing-masing menerusi Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee (minit ketiga), Syarman Mat Tee (kelapan, 13), Mohamad Akhimullah Anuar Esook (10, 15, 28) Muhammad Firdaus Omar (22) dan Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-26.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Wallace Tan menamatkan peringkat kumpulan di tangga kedua, berkongsi tujuh mata bersama tuan rumah, Oman yang muncul juara Kumpulan D dengan kelebihan satu gol selepas menumpaskan Amerika Syarikat (AS) 6-4 dalam satu lagi perlawanan.

AKSI pemain Malaysia (jersi merah) ketika menentang Fiji dalam perlawanan Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman hari ini. – Gambar Persekutuan Hoki Dunia, 29 Januari, 2024

Sementara itu, pemain negara, Syarman Mat Tee bersyukur perancangan dan taktikal jurulatih berjaya diterjemahkan pasukan untuk memperoleh tiga mata penuh.

“Syukur alhamdulillah kami berjaya meraih tiga mata dan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami.

“Kami mengikut setiap taktikal serta perancangan yang disusun oleh jurulatih dan kami berjaya meraih kemenangan pada perlawanan terakhir kumpulan ini,” katanya yang menyumbang dua gol dalam tersebut.

Dalam perlawanan itu, Malaysia menjaringkan lapan gol menerusi gerakan padang yang bermula dengan jaringan Muhammad Abid Sufian pada minit ketiga sebelum Syarman menggandakan gol untuk mendahului 2-0 pada minit kelapan. – 29 Januari, 2024

Topics

Popular

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related