Piala Asia 2023: Kekalahan saat akhir kepada Bahrain masih hantui ‘Mickey’

Kesedihan selubungi kem Harimau Malaya, namun pemain harus bangkit berdepan Korea Selatan

8:35 AM MYT

 

DOHA – Kekalahan 0-1 pada saat akhir kepada Bahrain, Sabtu lalu memberi kesan besar kepada Harimau Malaya, dan pemain sayap sensasi, Faisal Halim mempunyai sebab tersendiri sukar untuk melupakan perlawanan itu.

Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey berkata, pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad itu, dia memiliki satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan.

“Setiap perlawanan saya nak jaringkan gol. (Semasa) lawan Bahrain saya ada peluang nak jaringkan gol tapi saya nampak Paulo (Josue) ada ruang lebih baik tetapi bila tengok balik rakaman perlawanan saya mampu (sebenarnya) membuat rembatan.

“Tapi situasi dalam padang lain berbanding sudut pandangan dalam televisyen. Kesal memang kesal tetapi saya rasa keputusan membuat hantaran kepada Paulo adalah pilihan terbaik ketika itu,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini semalam.

Bintang Selangor berusia 26 tahun itu berkata demikian ketika ditanya adakah dia memasang impian untuk menjaringkan gol apabila bertemu juara dua kali, Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub di sini, Khamis ini.

Kekalahan 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan F kelmarin menyebabkan Malaysia tersingkir awal dari Piala Asia biarpun masih ada satu perlawanan untuk diharungi. – Gambar Bernama, 23 Januari, 2024

Sementara itu, Faisal yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada dua aksi sebelum ini berkata, pemain berada dalam kesedihan dan kecewa susulan kekalahan kepada Bahrain yang menyaksikan skuad Dilmun’s Warriors berjaya mencipta jaringan pada penghujung masa kecederaan babak kedua.

Namun, katanya, semangat pemain tetap utuh untuk menghadapi Korea Selatan biarpun di atas kertas skuad Taegeuk Warriors memiliki segala kelebihan untuk mengutip tiga mata.

“Ia bukan perlawanan yang mudah, kita lawan dengan pasukan yang bermain di Piala Dunia. Di atas kertas sudah tentu kita kalah tetapi sebagai pemain siapa mahu kalah,” katanya.

Ini adalah pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related