‘Musuh’ kini melihat Malaysia dengan pandangan berbeza: Hamidin

Keputusan baik dan peningkatan prestasi di bawah bimbingan Kim Pan-gon berjaya membuka mata banyak pasukan dalam Piala Asia 2023

4:50 PM MYT

 

DOHA – Peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon telah menarik perhatian banyak pihak antaranya para jurulatih serta presiden persatuan bola sepak di rantau ini.

Perkara itu dikongsikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, yang turut memaklumkan penampilan Malaysia pada Piala Asia 2023 di sini ditunggu-tunggu susulan kejayaan menumbangkan beberapa pasukan di ranking dunia lebih tinggi sebelum ini.

“Di pihak AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) ataupun presiden (persatuan bola sepak) dan jurulatih, mereka teruja dengan pencapaian kita…mereka mengatakan teruja nak tengok persembahan kita selepas prestasi kita berdepan Kyrgyzstan dan India sebelum ini.

“Ini merupakan satu harapan yang tinggi dan perlu dilihat sebagai satu cabaran untuk kekalkan prestasi ini dalam pertandingan seterusnya. Apa yang penting adalah perlu kekal konsisten,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Datuk Hamidin Mohd Amin (tengah) mendengar penerangan Kim Pan-gon (kiri) ketika meninjau persiapan akhir skuad Harimau Malaya di Qatar University, Doha malam tadi. – Gambar FAM, 15 Januari, 2024

Malaysia menikmati persembahan yang memberangsangkan di bawah Pan-gon apabila berjaya merekodkan tujuh kemenangan termasuk menentang pasukan ranking dunia lebih tinggi, dua seri dengan pasukan 100 terbaik dunia dan hanya tewas dalam 10 perlawanan kompetitif sepanjang 2023.

Diundi dalam Kumpulan E, Malaysia akan memulakan cabaran menentang Jordan di Stadium Al Janoub di sini, malam ini (1.30 pagi, 16 Januari waktu Malaysia) sebelum bertemu Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad (20 Januari) dan menentang juara dua kali, Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Pasukan negara yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia menyasarkan untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik selepas terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga penampilan sebelum ini. – 15 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related