Hanya satu aksi persahabatan menjelang Piala Asia tidak cukup: Pan Gon

Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya duad perlawanan pemanas badan sebelum memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan, Bahrain dan Korea Selatan

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon kecewa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadual berlangsung pada 4 Januari depan dibatalkan.

Ini kerana pembatalan itu menyebabkan pasukan kendaliannya berdepan kemungkinan hanya bermain satu aksi pemanas badan sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Januari sehingga 10 Februari.

Pan Gon berkata, bermain satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada 8 Januari sebelum memulakan kempen Piala Asia tidak mencukupi dalam persediaan anak-anak buahnya menghadapi cabaran hebat di Doha.

Pemain skuad kebangsaan menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam dalam persiapan menghadapi Piala Asia yang akan berlangsung di Doha bermula 4 Januari depan. – Gambar ihsan FAM, 27 Disember, 2023

“Sudah tentu tidak cukup (satu perlawanan persahabatan), saya sangat kecewa.. namun kita akan berusaha mengatasinya. Kita sedang cari ‘pasukan lawan’ yang ada,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan negara di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam, sambil mengakui pilihan pasukan lawan sangat terhad.

FAM sebelum ini mengesahkan aksi persahabatan bertemu Arab Saudi terpaksa dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih baharunya Roberto Mancini disebabkan pengendali dari Itali itu mencongak pasukannya berkemungkinan bertemu Malaysia di pusingan 16 terbaik Piala Asia.

Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan pihaknya akan membantu mendapatkan satu lagi perlawanan persahabatan buat pasukan negara dengan sekurang-kurangnya menentang kelab tempatan di Doha.

Datuk Hamidin Mohd Amin akan cuba mendapatkan satu lagi perlawanan persahabatan buat pasukan negara dengan sekurang-kurangnya menentang kelab tempatan di Doha. – Azim Rahman/Scoop, 27 Disember, 2023

“Pasukan akan berlepas 1 Januari dan kalau dapat pada 4 Januari pasukan negara (akan) bertarung dengan satu kelab bola sepak,” katanya yang ditemui pada Majlis Sambutan Hari Lahir Presiden FAM & Majlis Doa Selamat Sempena Piala Asia 2023 dan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Wisma FAM, semalam.

Difahamkan dua aksi persahabatan sebelum memulakan kempen Piala Asia merupakan jumlah ideal buat skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan cabaran hebat dalam saingan Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan juara dua kali Korea Selatan.

Pan Gon menyasarkan untuk membawa pasukan mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related