JDT pahat sejarah pasukan Liga Super pertama ledak 100 gol semusim

Juara liga kali ke-10 berturut-turut itu menutup kempen dengan membelasah Penang FC 8-0

8:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup musim paling bersejarah sepanjang penyertaan mereka dalam Liga Malaysia apabila meledak gol ke-100 dalam satu musim Liga Super dengan membelasah Penang FC 8-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan yang masih segar dengan rekod kejuaraan liga ke-10 berturut-turut menjadi kelab pertama menamatkan satu musim Liga Super dengan jaringan tiga digit.

Dalam pertembungan menentang penang FC malam tadi, pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi mencuri tumpuan apabila meledak empat gol, termasuk satu sepakan penalti di hujung perlawanan yang melengkapkan gol ke-100 Harimau Selatan, sekali gus mengatasi rekod tertinggi 61 gol pada musim lepas.

Penyerang import prolifik dari Brazil, Bergson Da Silva tidak ketinggalan mempamerkan sentuhan selepas mengumpul dua gol, manakala Akhyar Rashid dan Heberty Fernandes melengkapkan senarai penjaring selepas masing-masing mencetak satu gol.

JDT yang mencipta rekod double treble susulan kejayaan menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, menutup kempen Liga Super 2023 dengan mengumpul keseluruhan 76 mata hasil daripada 25 kemenangan dan hanya seri sekali ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC di Alor Setar, Ogos lalu.

Penang pula memperbaiki pencapaian tempat ke-12 musim lepas apabila berada di posisi ke-10 dengan 24 mata, namun Perak yang mengumpul 22 mata, berpeluang memintas kedudukan itu jika menang ke atas Terengganu malam ini.

Pertunjukan bunga api mengiringi sambutan Sedekad Dominasi JDT dalam saingan Liga Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. – Gambar Facebook Johor Southern Tigers, 17 Disember, 2023

Sementara itu, hasrat Kuala Lumpur (KL) City melakar kemenangan ketiga berturut-turut untuk menutup kempen Liga Super 2023 dengan bergaya tidak kesampaian selepas seri tanpa jaringan ketika bertemu Sri Pahang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pada aksi terakhir kedua-dua pasukan musim ini, permainan hambar dipamerkan sepanjang 45 minit babak pertama yang menyaksikan tiada sebarang percubaan berbahaya dilakukan.

Pasukan tuan rumah bimbingan Nenad Bacina bangkit dengan persembahan lebih meyakinkan di babak kedua namun gagal menyempurnakan dua peluang keemasan selepas percubaan penyerang import, Patrick Reichelt sedikit tersasar dan rembatan dari luar kotak penalti Paulo Josue sekadar menggegar palang.

Keputusan itu membolehkan Sri Pahang menamatkan saingan 2023 di kedudukan kelima dengan mengumpul keseluruhan 45 mata, sekali gus Fandi Ahmad berjaya memperbaiki pencapaian Tok Gajah yang menduduki posisi ketujuh musim lepas dalam tahun pertamanya sebagai ketua jurulatih.

KL City pula di kedudukan keenam dengan mengumpul 38 mata dan tempat itu boleh dipintas Terengganu FC yang berada di tangga ketujuh dengan 37 mata, selain memiliki kelebihan gol jika menang ke atas Perak di laman sendiri esok.

Dalam pada itu, Kelantan United menamatkan episod tiga kekalahan berturut-turut apabila merakam kemenangan keempat musim ini selepas mengatasi pasukan tercorot Kelantan FC, 6-2 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Skuad The Red Warriors menjadi pasukan dengan rekod bolos terbanyak dalam satu musim Liga Super selepas dibolosi 121 gol musim ini. – 17 Disember, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related