KUALA LUMPUR ā Bagi menggalakkan pertumbuhan atlet muda di Malaysia, ia bukan sahaja memfokuskan kepada sesi pencarian bakat dan sesi latihan, tetapi juga menuntut sokongan daripada tokoh korporat yang berdedikasi untuk melabur dalam pembangunan sukan.
Menunjukkan komitmen itu adalah tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang baru-baru ini, memberikan sumbangan peribadi kepada Pertubuhan Nicol David (NDO) diasaskan legenda skuasy negara, Datuk Nicol David.
Salim berkata, sumbangan itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan penting untuk pihak luar memberikan sokongan bagi memajukan masa depan sukan berkenaan.
āKemajuan skuasy di negara ini sangat positif. Jadi, saya membuat keputusan memberikan sumbangan peribadi ini kerana ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia menjadi juara dunia dan Olympians.
āSaya sudah berbincang dengan Datuk Nicol, mengenai penganjuran kutipan dana lebih besar supaya dapat mengumpul kewangan lebih banyak untuk menampung apa disasarkan yayasannya.
āKami sedang berusaha membabitkan lebih ramai pemain bidang korporat supaya kami dapat mengumpul lebih banyak dana bagi disumbangkan untuk skuasy,ā katanya ketika menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada NDO pada acara skuasy amal hari ini.
Salim berkata, matlamat utama sumbangan itu adalah memanfaatkan potensi atlet muda, seterusnya memastikan mereka mempunyai sumber diperlukan untuk berjaya dalam sukan berkenaan.
Nicol pula mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan Salim sejak dua tahun lalu.
āTan Sri bersungguh-sungguh menyokong kami sejak dua tahun lalu. Ini adalah penghormatan sebenar. Yayasan kami adalah mengenai memperkasakan kanak-kanak perempuan dan lelaki melalui sukan dan pendidikan,ā katanya.
NDO kini menyokong 114 kanak-kanak lelaki dan perempuan, terutama daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40), demi memberi tumpuan kepada memperkasakan anak muda menerusi program selepas sekolah.
Program itu menggabungkan latihan sukan dan kelas tuisyen Bahasa Inggeris, bagi memenuhi keperluan kanak-kanak berpendapatan rendah hingga pertengahan yang bercita-cita menceburi skuasy, sambil meningkatkan kemahiran bahasa kedua terbabit.
āKita mahu mengajar mereka nilai-nilai sukan. Jadi, setiap perkara itu penting untuk disokong.
āSaya fikir dengan sukan, ia boleh membantu membina keyakinan kanak-kanak.
āUntuk menjadikan kutipan derma amal ini atas nama skuasy, kami berharap dapat mewujudkan kesedaran tinggi berhubung matlamat yayasan kami ini dan pada masa sama, kami mahu menggunakan sukan untuk mengubah kehidupan kanak-kanak.
āKami berharap pada masa depan, yayasan ini boleh lebih berkembang dan menjangkau lebih banyak sekolah,ā katanya.
Selain itu, Salim turut memberikan sumbangan peribadi RM5,000 kepada bekas pemain skuasy kebangsaan, Kenneth Low.
Menerima cek itu bagi pihak Kenneth adalah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.
Kenneth sedang menjalani rawatan untuk menguruskan situasi dirinya selepas disahkan menghidap multiple sclerosis (MS) – 9 Disember 2023