Bergson tak kecil hati ‘serahkan’ penalti kedua kepada Arif

Pemain import dari Brazil itu pada mulanya mahu mengambil tendangan kerana enggan membebankan bintang muda tersebut

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak berkecil hati selepas terpaksa mengalah dengan rakan sepasukannya Arif Aiman Hanapi, untuk mengambil sepakan penalti dalam final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC, malam tadi.

Pemain import dari Brazil berusia 32 tahun itu berkata, tindakannya yang ingin mengambil penalti kedua JDT pada masa kecederaan separuh masa kedua perlawanan kerana mahu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Bergson yang meledak gol pembukaan skuad Harimau Selatan menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama berkata, dia hanya ingin mengambil tanggungjawab sepenuhnya termasuk kecaman daripada peminat, memandangkan Arif Aiman seorang pemain muda.

“Perlawanan ini sedikit sukar, saya sayangkan Arif, beliau masih muda, jika dia gagal sempurnakan pelanti itu dan pihak lawan kembali dengan serangan balas dan jaringkan gol, semua orang akan ‘marahkan’ dia mungkin.

“Jadi saya cuba untuk ambil tanggungjawab itu pada saya, sebab saya terlatih, saya 32 tahun jadi ia suatu yang berbeza. Saya fikirkan dia dan pasukan, tetapi nasib baik beliau jaringkan… saya percayakan beliau dan Arif seorang pemain yang bagus,” katanya selepas perlawanan di Bukit Jalil, malam tadi.

Pada aksi final itu, penalti Bergson dan Ivan Mamut pada separuh masa pertama mengikat kedudukan 1-1, sebelum tandukan pemain gantian Muhamad Feroz Baharudin dan penalti Arif Aiman pada babak kedua mengesahkan kemenangan 3-1 JDT, sekali gus mencipta rekod treble dua musim berturut-turut.

Pemain JDT meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menumpaskan Terengganu FC dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 9 Disember, 2023

Bagaimanapun, pada penghujung aksi, Bergson dan Arif Aiman mencuri tumpuan apabila dilihat ‘berebut’ untuk mengambil penalti kedua JDT, namun selepas beberapa kali cuba memujuk Arif Aiman, Bergson terpaksa akur memberikan laluan kepada pemain muda berusia 21 tahun itu.

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Bergson memuji persembahan pasukan pada separuh masa kedua, yang berjaya meruntuhkan benteng pertahanan kental Terengganu yang disifatkannya menggunakan taktikal park the bus dan hanya menunggu JDT melakukan kesilapan.

Bergson berkata, dia lebih gemar ‘tewas berjuang daripada kalah tidak melawan’.

“Jika saya boleh pilih untuk kalah, saya memilih untuk menyerang, melawan dan tidak hanya menunggu untuk lawan melakukan kesilapan,” katanya.

Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan Piala Malaysia keempat JDT selepas 2017, 2019 dan 2022 sejak penubuhan kelab berkenaan pada 2013. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Popular

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related