JDT julang Piala Malaysia untuk kali keempat

Final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dihadiri oleh 80,550 penyokong kedua belah pasukan

11:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan keunggulan dalam kancah bola sepak Malaysia selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 untuk memenangi Piala Malaysia malam ini.

Final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dihadiri oleh 80,550 penyokong kedua belah pasukan.

Selepas perlawanan dimulakan JDT membuka langkah kanan menerusi import dari Brazil Bergson da Silva yang menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-enam perlawanan.

JDT membuka langkah kanan menerusi import dari Brazil Bergson da Silva (kanan) yang menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-enam perlawanan – Abdul Razak Latif/Scoop, 8 Disember, 2023

Tidak mahu mengaku kalah, Terengganu FC mengikat kedudukan menerusi pemain import dari Croatia Ivan Mamut juga melalui sepakan penalti di minit ke-21.

Keadaan 1-1 kekal hingga separuh masa pertama tamat.

Pemain import dari Croatia, Ivan Mamut meraikan golnya bersama peminat Terengganu FC – Alif Omar/Scoop, 8 Disember, 2023

Selepas aksi bermula kembali pemain gantian Muhamad Feroz Baharudin menanduk masuk sepakan sudut Heberty untuk meletakkan JDT di hadapan di minit ke-73.

Kemudian bintang muda JDT Arif Aiman Mohd Hanapi mengesahkan Piala Malaysia kekal dalam dakapan Harimau Selatan dengan menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan.

Keadaan 1-1 kekal hingga separuh masa pertama tamat dalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC. – Abdul Razak Latif/Scoop, 8 Disember 2023

Dengan kemenangan ini JDT menyapu bersih semua trofi yang dipertandingkan dalam saingan bola sepak negara musim ini.

Sebelum ini JDT telah merangkul Piala Sumbangsih, Kejuaraan Liga Super, dan Piala FA.

Ivan Mamut (kiri) dan Jordi Amat (kanan) beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil disaksikan 80,550 penyokong kedua belah pasukan yang hadir di stadium – Alif Omar/Scoop, 8 Disember, 2023

Ini adalah musim kedua berturut-turut JDT memenangi empat trofi dalam satu musim dan merupakan kali keempat memenangi Piala Malaysia iaitu pada 2017, 2019, 2022 dan 2023. — 8 Disember, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related