KLFA nafi gaji pemain tertunggak 4 bulan

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menafikan kononnya berlaku tunggakan gaji selama empat bulan dalam kalangan pemain Kuala Lumpur (KL) City FC seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. 

Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata hanya gaji Ogos dan September yang belum dilunaskan buat pemain ‘The City Boys’ dan akan diselesaikan dalam masa terdekat. 

“Berdasarkan kenyataan dikeluarkan baru-baru ini oleh sebuah akhbar tempatan yang menyatakan kami tidak membayar gaji pemain selama empat bulan, itu agak tersasar jauh daripada kebenaran. 

“Kami tidak pernah lebih dua bulan tidak bayar gaji, (sekarang ini hanya) Ogos dan September sahaja. Gaji Ogos akan dibayar selewat-lewatnya esok dan gaji September tarikh ditetapkan hingga 7 Nov ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Khalid memaklumkan pihaknya berusaha keras memastikan pengurusan pasukan sentiasa berada dalam landasan terbaik untuk mengurus segala kebajikan terutamanya pembayaran gaji kepada pemain serta kakitangan KL City FC. 

Walaupun sedang dihimpit isu tunggakan gaji, Khalid positif terhadap kemampuan skuadnya menempah tiket ke final Piala Malaysia seterusnya menjulang piala berprestij itu seperti pada edisi 2021. 

Beliau yakin skuad The City Boys yang akan turun menentang Terengganu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin esok, akan menampilkan permainan bertenaga setelah pada aksi pertama menyaksikan skuad kendalian Nenad Bacina itu tewas 1-2 di laman sendiri. 

Sementara itu, Pengurus Besar KL City FC Stanley Bernard memohon maaf kepada barisan pemain yang terkesan dengan isu tunggakan gaji berkenaan dan akan menggunakan segala kaedah untuk menyelesaikannya. – 2 November , 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related