Sukan Asia: Shah Firdaus menang gangsa pecut lelaki

Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya memenangi pingat pertama individu Sukan Asianya, selepas menewaskan pelumba tuan rumah Chenxi Xeu 2-0

7:48 PM MYT

 

HANGZHOU – Atlet berbasikal trek kebangsaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menang gangsa dalam acara pecut lelaki Sukan Asia di Veledrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou, dekat sini, hari ini.

Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya memenangi pingat pertama individu Sukan Asianya, selepas menewaskan pelumba tuan rumah Chenxi Xeu 2-0, pada perlumbaan penentuan pingat gangsa.

Muhammad Shah Firdaus mencatatkan masa 10.0076 saat (s) pada perlumbaan pertama, 0.09s lebih laju dari pelumba China itu, sebelum mengesahkan kemenangannya dengan mengalahkan Chenxi dengan perbezaan 0.047 saat, selepas mencatatkan masa 10.367s pada perlumbaan kedua.

Beliau yang memenangi pingat perak dalam pecut berpasukan pada edisi lepas, gagal layak ke peringkat akhir selepas tewas kepada seorang lagi pelumba China Zhou Yu, pada perlumbaan separuh akhir.

Pelumba Jepun Kaiya Ota menang emas selepas mengalahkan Zhou pada perlumbaan akhir, pada ketika ketiadaan Juara Asia dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang menarik diri akibat kecederaan dialami pada sesi latihan, baru-baru ini.

Terdahulu, Muhammad Shah Firdaus mengejutkan pemenang pingat perak Kejuaraan Asia Shinji Nakano dari Jepun pada suku akhir.

Adiknya Muhammad Ridwan, 22, terpaksa berpuashati dengan kedudukan ketujuh acara pecut lelaki, selepas tewas kepada Zhou pada suku akhir.

Muhammad Shah Firdaus, bersama Muhammad Fadhil Mohd Zonis, akan meneruskan aksi mereka dalam acara keirin lelaki esok.

Sementara itu Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzari Mohd Asri, kedua-dua mereka layak ke suku akhir acara pecut wanita yang dijadualkan berlangsung esok.

Acara berbasikal trek memulakan kempen mereka dengan pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan menerusi trio wanita Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati dan Anis Amira, dan trio lelaki Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan dan Muhammad Fadhil. – 28 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related