Kes saman fitnah selesai, Roslin mohon maaf kepada Ng Chin Chai

Muhammad Roslin Hashim memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Datuk Ng Chin Chai kerana telah membuat kenyataan fitnah serta menyinggungnya

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah Datuk Ng Chin Chai terhadap Muhammad Roslin Hashim selesai, selepas bekas pemain perseorangan lelaki negara itu memohon maaf kepada Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkenaan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Muhammad Roslin, 48, ketika membacakan pernyataan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Ng kerana telah membuat kenyataan fitnah serta menyinggungnya semasa siaran langsung atau ‘Facebook Live’ di akaun Facebook beliau (Muhammad Roslin), Abe Lin pada 19 Januari 2022.

“Saya berasa kesal atas kenyataan saya yang telah menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada Datuk Ng Chin Chai. Saya sedar yang kenyataan saya telah mencalarkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang peguam dan pegawai BAM, terutamanya kepada peminat-peminat sukan badminton di Malaysia.

“Saya juga sedar bahawa saya telah mengaibkan Datuk Ng melalui kata-kata kesat yang tidak berasas dan tidak patut dinyatakan sama sekali. Saya harap permohonan maaf ini dapat membersihkan nama baik Datuk Ng serta dapat memulihkan hubungan profesional dan hubungan peribadi antara kami,” katanya yang turut beraku janji tidak akan sama mengulangi kenyataan fitnah, kata-kata kesat dan menyinggung Ng pada masa hadapan.

Terma-terma penyelesaian antara pihak terlibat kemudian direkodkan di hadapan Hakim Ahmad Shahrir.

Turut hadir prosiding hari ini peguam Datuk Seri Jahabardeen Mohamed Yunoos mewakili Ng manakala peguam Cassandra Lee mewakili Muhammad Roslin.

Ng, 60, selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap Muhammad Roslin pada 28 Mac 2022, mendakwa Muhammad Roslin mengungkapkan kenyataan fitnah dan menyinggungnya dalam Facebook Live menerusi akaun Facebook Abe Lin yang ditonton ratusan pengikutnya, selain pemberita daripada pelbagai agensi berita, media cetak, media dalam talian dan media sosial.

Menurut penyataan tuntutan, Ng mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM serta perosak persatuan itu.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran bahawa beliau adalah dalang dalam agenda BAM untuk menyekat pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia daripada menyertai kejohanan badminton antarabangsa, selain mendakwa plaintif telah menyebabkan kejatuhan sukan badminton di Malaysia.

Pada 6 September lepas, Muhammad Roslin, yang disaman Datuk Kenny Goh Chee Keong atas dakwaan memfitnah, memohon maaf kepada Setiausaha Agung BAM berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini. – 11 September, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related