Tat Meng, Zii Jia terkejut peraturan BAM, ‘jangan nanti cakap saya besar kepala pula…’

Perkara itu didakwa tidak menggambarkan prinsip dilaung BAM untuk meletakkan pemain kebangsaan dan profesional sama taraf

10:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng meluahkan rasa terkejut dengan peraturan diwajibkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) supaya pemain profesional yang ingin berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), tidak mengenakan pakaian sukan berjenama selain daripada disediakan penaja badan sukan itu.

Menerusi luahan itu yang dibuatnya di Instagram, beliau mendakwa, peraturan terbabit dikuatkuasakan ketika persiapan menjelang Kejohanan Dunia di Denmark pada 21 Ogos ini.

“Sejak Disember tahun lalu, BAM menjemput Lee Zii Jia untuk berlatih bersama pemain naungan BAM setiap hari Rabu dan kami berbesar hati kerana dapat mencapai situasi menang-menang, termasuk membantu pemain BAM meningkatkan tahap mereka.

“Konflik penajaan ditetapkan BAM itu bukan sahaja membabitkan pemain, malah barisan jurulatih, pakar kecergasan dan fisio kami, justeru ini menyebabkan kami tidak dapat memenuhi jemputan latihan ke ABM sebelum terbang ke Denmark,” luahnya.

Tat Meng berkata, apa yang mengecewakannya, BAM sering berkata bahawa tidak kira pemain kebangsaan mahupun pemain profesional, mereka semua adalah pemain Malaysia, jadi kegemilangan perlu dikongsi bersama, tetapi peraturan baharu ditetapkan itu menggambarkan sebaliknya.

“Saya cuma mahu menegaskan perkara ini bagi mengelakkan sebarang pandangan daripada pelbagai pihak, apabila kami tidak mahu bekerjasama dengan BAM,” katanya.

Selain itu, Tat Meng berkata, beliau berharap perkara ini dapat dibincangkan kerana ia akan menjadi satu kerugian, sekiranya kerjasama di antaran BAM dan pemain profesional tidak dapat diteruskan hanya kerana isu berkenaan.

Manakala, Zii Jia turut meninggalkan komen mengenai isu itu di hantaran Tat Meng.

“Jangan nanti cakap saya ‘besar kepala’ tak datang training (latihan) pula. Aishhhhh…Susah ni nak jadi LZJ (Lee Zii Jia), semua salah I (saya) pening,” katanya.

Sementara itu, dalam satu ciapan di Twitter, Pengarah Pentadbiran ABM, Michelle Chai berkata, BAM mengalu-alukan kehadiran pemain profesional ke pusat latihan itu.

Malah, katanya, badan induk badminton negara itu mempunyai tanggungjawab kepada rakan kongsinya.

“Jika gagal boleh dilihat sebagai pelanggaran kontrak yang akhirnya boleh menjejaskan keupayaan kami untuk menyokong pemain kami sendiri.

“Pemain yang bukan bawah naungan BAM boleh menggunakan jenama raket dan kasut selain daripada rakan kongsi kami,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya meminta agar mereka memastikan pakaian tidak tertera jenama pesaing rakan kongsi BAM.

“Sebagai badan induk, kami bukan sahaja mempunyai tanggungjawab kepada pemain, jurulatih dan pegawai (baik BAM dan bukan BAM), tetapi juga kepada rakan kongsi kami yang membolehkan pemain kami merealisasikan impian mereka.

“Kami berharap untuk terus menerima kehadiran pemain profesional untuk berlatih di ABM, seperti Soong Joo Ven dan jurulatihnya Nova Armada pagi ini. Saya berterima kasih dan menghargai pemahaman mereka dalam perkara ini,” katanya. – Ogos 16, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related