Penyanyi legenda bersuara emas, Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun

Allahyarham Nona Asiah banyak menyumbangkan suara untuk lagu-lagu terbitan Malay Film Production dan Cathay Keris

4:07 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda era kegemilangan filem Melayu di Singapura, Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun di Hospital Besar Changi, Singapura, awal pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian Singapura, pemergian Nona Asiah pada jam 4.25 pagi itu disahkan anak bongsunya yang juga pengarah muzik, Indra Shahrir Ismail. Jenazah akan dikebumi esok.

Nona Asiah atau Asiah Aman adalah penyanyi latar era 50-an bersuara emas yang banyak menyumbangkan suara untuk lagu-lagu terbitan Malay Film Production dan Cathay Keris.

Dia mula menunjukkan bakat nyanyiannya sejak zaman kanak-kanak apabila mengikuti pementasan bangsawan yang disertai arwah ibunya, Hajar Rahmah yang juga seorang seri panggung yang terkenal dalam panggung sandiwara Dian Tijah.

Kerjaya profesional sebagai penyanyi rakaman bermula apabila Allahyarhamah merakamkan suara untuk lagu balada Mexico terkenal, Besame Mucho ke dalam bahasa Melayu pada 1949. Lagu pertama yang dirakamannya itu mendapat sambutan hangat.

Nona Asiah kemudian mendapat tawaran daripada Allahyarham Zubir Said untuk menjadi penyanyi latar wanita bagi filem Chinta (1948) yang dibintangi Siput Sarawak dan Datuk S. Roomai Nor.

Zubir Said ketika itu bertindak sebagai pengarah muzik filem tersebut dan dia bersama P. Ramlee kemudian menyaran agar Nona Asiah mengekalkan namanya itu sebagai nama pentas.

Antara lagu yang pernah dirakamkan Allahyarham semasa di zaman kegemilangannya ialah Manusia Miskin Kaya, Jikalau Abang Merindu, Dunia Asmara dan Ingin Tahu.

Nona Asiah sering berpasangan dengan P. Ramlee, Abdullah Chik, Zainal Alam, Aziz Jaafar dan Pak Jasni sewaktu merakamkan lagu ke piring hitam. Namun pasangan lelakinya yang dianggap paling serasi adalah Pak Jasni.

Dalam filem pula, suaranya pernah digunakan oleh seniwati Siput Sarawak, Kasma Booty, Rokiah, Mariani Ismail, Risnani Jamil dan Zaiton.

Antara lagu terkenal Nona Asiah pula adalah Cempaka Biru, Hasan dan Hasnah serta Gelora Chinta. – 30 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related