Isu tempoh perlindungan hak cipta, hak rakaman dipanjangkan hingga 70 tahun perlukan kajian terperinci

Menurut Kimmy, isu ini memerlukan kajian terperinci daripada pakar untuk membahas serta meneliti kebaikan dan keburukannya sebelum undang-undang berkaitan dilaksanakan

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis dan penggiat muzik, Kimmy Khir mengambil sikap terbuka mengenai saranan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) agar pihak kerajaan dapat meningkatkan perlindungan hak cipta dan hak rakaman sehingga ke 70 tahun.

Namun Kimmy ketika ditemui Scoop berkata, apa sahaja perubahan memerlukan kajian terperinci daripada pakar untuk membahas serta meneliti kebaikan dan keburukannya sebelum undang-undang berkaitan dilaksanakan.

“Apakah perubahan yang bakal dilakukan ini untuk kepentingan kesemua hak cipta (copyright) dan hak berkaitan (related rights)? Dan, apakah kebaikan ini akan menguntungkan penggiat muzik atau syarikat pengendali (rakaman) serta syarikat publishing?

“Isu ini sukar untuk dibahaskan tanpa pengetahuan, rujukan serta kajian mendalam. Andai kata hasil kajian menunjukkan ia memberikan banyak manfaat atau kelebihan dengan lanjutan 70 tahun, sudah semestinya saya menyokong penuh.

“Tapi seandainya ia menunjukkan sebaliknya, kita kena terima dan perbaiki untuk membolehkan kita ke arah meningkatkan perlindungan hak cipta dan hak rakaman sehingga 70 tahun,” katanya.

Walau bagaimanapun pihaknya memahami isu kehilangan punca pendapatan menerusi royalti daripada perlindungan hak cipta dan hak rakaman seperti berlaku terhadap Allahyarham Tan Sri P Ramlee pasti membuatkan ramai penggiat serta karyawan muzik meloncat.

“Hakikatnya, ramai perlu sedar bahawa tempoh 50 tahun telah diberikan. Jadi, kutipan royalti di bawah Akta Hak Cipta ini memang milik sedia ada. Cuma sekarang ini, ia mahu dipanjangkan ke 70 tahun. Ia akan menjadi bonus kalau tempoh ini berjaya dipanjangkan selama 20 tahun lagi.

“Kita perlu faham tempoh 50 tahun sedia ada terpakai buat pencipta lagu dan lirik selepas kematian kedua-dua mereka. Jika salah seorang daripada mereka masih hidup, royalti masih tetap berjalan dan perkiraan tempoh 50 tahun belum terlaksana.

“Berbeza pula untuk ‘related rights’ yang khususnya untuk Pemilik Rakaman dan Pelaku rakaman yang saya gambarkan sebagai kembar tak seiras. Tempohnya terus bermula pada tahun ‘percetakaan’ fizikal atau kini ‘pengeluaran’ di platform digital muzik seperti Spotify, Apple, iTunes, YouTube dan sebagainya.

“Bagi isu berkaitan ‘Related Rights’, sekiranya tempoh durasi mereka tamat, mereka boleh melakukan ‘reproduction’ atau rakaman semula dan menerusi International Standard Recording Code (ISRC), sebagai penanda tempoh hak cipta rakaman itu bermula,” katanya.

RIM sebelum ini menyatakan, mereka sudah membuat permohonan kepada kerajaan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk meningkatkan perlindungan hak cipta dan hak rakaman sehingga ke 70 tahun.

Langkah ini dilakukan sebagai suatu usaha untuk memastikan karya-karya lagu yang dihasilkan karyawan serta penggiat tempatan tidak berdepan dengan nasib yang sama seperti P Ramlee. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related