Saya banyak buat silap: Harith Iskander tampil jelaskan punca cerai

Menurut Harith, bercerai bukanlah satu keputusan yang mudah dan dia bersama Jezamine telah melalui pelbagai cara dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka

3:59 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€“ Produser, pelakon dan ahli komedi, Harith Iskander tampil menjelaskan mengenai isu perceraiannya dengan Dr Jezamine Lim dan mengakui ia berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Harith ketika diwawancara Daphe Iking menyatakan, keputusan mereka untuk bercerai bukanlah dilakukan secara mengejut seperti mana yang disangkakan ramai.

ā€œSebetulnya proses untuk bercerai ini telah berjalan agak lama dan saya harus mengaku bahawa saya telah melakukan kesilapan selama bertahun-tahun. Macam-macam kesalahan yang saya lakukan.

ā€œSaya lelaki yang bodoh dan bertindak melakukan perkara yang yang tidak sepatutnya. Saya tidak akan memberi alasan tetapi saya telah melakukan kesilapan seperti mana yang dilakukan lelaki lain.

ā€œSaya tidak tahu sama ada Jezamine memaafkan saya atau tidak. Tapi, dia (Jezamine) seorang yang sangat luar biasa dalam bekerja bersama-sama dan sangat berazam untuk menjadikannya berjaya,ā€ kata Harith yang turut ditemani Jezamine dalam sesi wawancara tersebut.

Menurut Harith, bercerai bukanlah satu keputusan yang mudah dan dia bersama Jezamine telah melalui pelbagai cara dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka.

ā€œKami telah berjumpa dengan kaunselor perkahwinan dan bercakap dengan kawan-kawan mengenai isu ini (rumah tangga). Jadi, keputusan ini bukanlah dibuat dalam tempoh semalaman.

ā€œTetapi akhirnya, kami menyedari kami adalah kawan yang baik dan kami tidak mahu menjejaskan perkara itu disebabkan perceraian ini.

ā€œAnak-anak sentiasa menjadi keutamaan kami. Apa yang penting, anak-anak tahu bahawa kami berdua menyayangi mereka dan akan saling menjaga mereka,ā€ katanya.

Harith juga mengakui Jezamine menjadi tunjang utama dalam keluarga mereka dan sentiasa bertekad untuk menyelesaikan masalah dan keutamaannya untuk mengekalkan keluarga bersama tidak boleh dipersoalkan.

ā€œJezamine ialah seorang ibu yang hebat, wanita perniagaan, perintis dalam perniagaan Biotech Stem Cells miliknya, dia masih pengurus saya dan mengendalikan syarikat produksi saya. Saya berharap dia akan terbang lebih tinggi dan saya akan sentiasa menyokongnya.

ā€œWalaupun kami tidak akan ā€˜bersamaā€™ lagi, saya akan terus menyokong dan bekerjasama dengannya untuk memperkasakannya kerana dengan cara bersama ini, ia akan memberi manfaat kepada anak-anak kami dengan cara yang terbaik dan dia akan melakukan perkara yang sama untuk saya,ā€ katanya.

Harith juga menyatakan, secara peribadi, dia amat bersyukur kerana berasa diberkati kerana dikelilingi mereka yang sentiasa menyokong matlamat peribadi dan kerjayanya termasuk Jezamine sendiri. – 20 Julai, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

ā—‰ Related